November 29, 2011

Sweet couple ever : Zahiril & Shera

Zahiril berpura-pura terjumpa kertas dalam tuxedo, ketika itu Shera sedang khusyuk mendengar lagu I will always love you – ungu, yang dinyanyikan abang Zahiril, tiba-tiba Zahiril bangun dan menujukan puisi buat isterinya, yang magisnya ada mic tersembunyi dalam tuxedo beliau


Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.



Bagai pinang dibelah dua ;)


Nak terkeluar air mata baca puisi yang di kranag oleh Zahiril Adzim ni. Kenapa lah sweet sangat depa berdua niii.. Lagi sweet dari sugar. Beruntung Shera dapat suami macam Zahiril, dalam diam sweet jugak mamat puisi ni kan. Hihi. Lagi sweet dari wedding Bella and Edward dalam Twilight Breaking Dawn Part 1.


Selamat Pengantin Baru Zahiril & Shera
Semoga bahagia hingga akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang sweet sweet macam kalian berdua. Juga selamat menempuh alam baru. :)


*Credit pic to Hafiz Atan & Shutterclick Photography


Pssst : #futurehubby i pon sweet jugak lah. Love you sugar :)

2 comments:

dhiera said...

klo lah puisi tu, tunang yg bagi mase jadi wedding nanti. confirm nangis sbb terharu. sobsob

sweet ye dorang~

sitinazirah86 said...

bestnya puisi ni,terharu bacanya..nak buat jugak la tp saya nak tuju pada en.tunang..nak tgk air mata sape yang meleleh hehehee :)