February 23, 2012

Update ape yang patut.

Assalamualaikum semua. Ya ampun, dah lama sangat belog ni terbiar. Labah labah pon siap ade yang beranak pinak lagi kat dalam belog ni. Syyuhh syuhhh (sambil wat gaya macam halau ayam) nyah kau dari sini. Hampi dua minggu tak datang sini, datang, tapi sekadar bace ape yang korang update je. Tak komen, hanya memerhati. Jangan salahkan I, salahkan jari yang sangat sangat pemalas ni. Sobss~

Bak kata Eimy Honey Sakura, speed gear dah bertukar dari laju ke double laju. Sebab majlis tinggal 7 hari je lagi!! Whoa. Cuak? Takut? Suka? Ohh rasenya takde perasaan kot wat mase sekarang ni. Sebab keadaan teramat bizi. Sampai satu perasaan pon takde. Ok tipu. Tiap malam bertungkus lumus siapkan doorgift, siapkan itu ini. But still pikir positif, yang buat benda ni sume untuk diri sendiri jugak. Untuk family jugak. Walaupun kekadang stress tu menjelma, berusaha jugak utnuk tenang and stay positive. Kan dah cakap bulan ni bulan yang penuh emosi. Hahaha. Okay enough with that. Kite datang sini nak bako update, bukan nak poco-poco beremosi.

Ce tengok list kat atas tu, dah banyak yang ditanda kan? Yeay! Syukur alhamdulillah. Okay, now nak update checklist satu satu kat sini. Sila sediakan popcorn disebelah ye. Sebab entry ni agak panjang dari biasa :PP

Borang Nikah.

Dah selamat di daftar awal bulan february ni. Syukur masalah dapat diatasi. Untuk pengetahuan kalian, tempat ai takde tok imam aka tok kadi. Sebab tok imam yang lama dah habis contract and sudah pulang ke kampung halamannya november yang lalu. Takde rezeki kami nak nikah dengan beliau. Jadi, terpakse cari alternatif lain. Alhamdulillah, waktu hantar borang haritu, PAID cakap dorang boleh bagi ustaz aka tok kadi untuk nikahkan kami nanti. Dengan syarat bawak saksi, wali dan kedua pengantin untuk jumpa ustaz tu sign borang. Time nak sign tu, ustaz ade tanya soklan kat #futurehubby yang berbunyi "Rukun nikah ade berapa? And sebutkan kesemuanya". Nak tawu #futurehubby ai cakap ape? "err, saya lupa lah ustaz." Sambil garu garu kepala. Grrr malu je. Dia bagi alasan tak dapat jawab sebab time tu tengah fokus isi nama saksi. Saba jelah. Tapi papepon, syukur benda ni dah selesai, tinggal nak aqad je. Hikhik ;p

Gambar untuk bunting.

Buat masa cuti raya cina haritu. Takde keje nak dibuat kat rumah, so apelagi, sesi fotografi lah. Hahaha. Ingatkan nak amek gambar biase biase je. Tapi boleh pulak ter "prewedding" kat umah. Haha. Kelass kau lysa buat pre wedding kat dalam rumah. Kau ade? :PP berbekalkan dinding, kamera dan jugak tripod, pon jadila. Gambar still nampak cantik. Siap ade orang tanya, "kau amik kat dalam studio ke sume gambar gambar ni?" muahahahaha. Iyakan jela. Padehal dalam umah je pon. Bunda just geleng geleng kepala jela dengan telatah anak & bakal menantu die tu. Haha. Buat awal bulan, tapi baru sent gambar kat vendor kad kawin semalam. Nasiblah benda ni boleh siap dalam 4 hari. Suka benor buat keje last minit. Sila jangan ikot perangai ai ni ye. ;)

Cat bilik pengantin & kemas apa yang patut.

Tema kawin kaler pink hitam tapi tema bilik warna biru. Apakah? Hahaha. Maybe sebab bosan dengan pink kot. Nak try warna lain. Sebab dulu warna bilik ai pink, then ayahanda tukar kaler purple ala ala pink. sekarang, takkan nak pink lagi kan. Fuhhh, taknak. Tapi dengan wane biru ni nampak luas and ceria sikit bilik ni. Walaupon hakikatnya sempit. Set katil pon sampai ahad malam haritu. Syukur dorang sempat hantar on time. Kalau tak, pengantin tidur kat lantai lah jawabnye. ghahahahahha. Tinggal nak pasal kelambu, and hias ape yang patot. Tak sabar ^_^

Pelamin.

Dah jumpa dengan vendor, ceh vendor lah sangat. Sedara belah #futurehubby lah senang. Dah confirmkan pelamin, baju dan tema. Pergi kali ketiga, tiga kali berturut turut dok tuka pelamin. Haha. Salahkan akak tu, sebab die asyik tunjuk pelamin latest die je. Sape yang taknak kan, lawa lawa pulak tuu. So next week pergi fitting, harap pelamin tak tertuka lagi. ;D And berharap jugak agar segala lemak tepu dan juga lemak tak tipu, hilang buat sementara waktuu. At least, sampai habis majlis. "Aku seru kau duhai lemak durjana, hilanglah kau buat seketika, untuk selamanya pon takpe..!" Grrr kalau lah boleh kan. >.<

Hantarans.

Polystyrene and bakul, dah siap di hias december lepas. Just bunga je tak reti nak gubah lagu mana. Tapi dengan bantuan dan idea dari my sista and jiran, alhamdulillah, dah empat hantaran siap. Weekend sambung buat yang lain pulak. :)

Thank you tag.

Special thanks to dear Zimie, sebab dapat siapkan ontime. Salah ai sebab anta lambat. Actually tak tahu nak hantar kat sape. Tu yang lambat tu. 3 minggu sebelum baru hantar kat zimie. Pastu nak siapkan seminggu pulak tu. Sesuka hati je. Kalau kat tempat lain, memang takkan terima punya. Nasiblah Zimie terima. Sabtu lepas Zimie whatsapp katenya sticker tu dah siap, cepat cepat bank in duet, takot zimie tak hantar time tu  jugak. Hahaha. And alhamdulillah, ahad lepas van pos laju sampai rumah, sambil wat muka pelik receive the parcel and tanya kat abg pos laju tu kenapa hari ahad keje. Then die replied "start this months pos laju dah takde cuti dah dik. kecuali cuti umum". Kesian depa kan, ahad pon kena keje. Sekarang, sticker tu dah siap ditampal kat balang jar and vvip gift. Nampak cantik (angkat bakul sendiri). Thanks Zimie ;)

Doorgift

98% dah siap. dah siap masukkan cookies and kuih yang bunda buat, dah siap tampal sticker. And semalam baru siapkan masukkan balang jar tu dalam kotak. Special thanks to jiran jiran yang sanggup datang pagi pagi pastu balek lewat malam sebab nak tolong buat benda ni. Syukur! Lagi 2% tu belum siap sebab kotak tak cukop. Boleh pulak orang tu bagi kurang, padehal kita dah bayar penuh. Nak kena dorang ni. Haisshh.

Hornymoon.

Dari tahun lepas dah book time AA buat promo 10c. Hanimun dalam Msia je sebab rase macam tak cukop bajet nak hanimun kat luar Msia. Kuikui. Takpe, second hanimun baru kat luar Msia, insyaAllah. Kami hanimun selama 8 hari 7 malam. Gila lama kan? Gara gara cari tiket murah, tu yang terpakse jadi lama tu. Ala, takpe. Hanimun dengan orang tersayang, dah confirm confirm best kan. Hahaha. Gatai suda :PP

Okay. tinggal seminggu dah. Rasenya dah boleh say baibai kat status single. Harap harap status married tu akan kekal sampai ke syurga. Doakan ehh.? Amin amin :)

2 comments:

Unknown said...

yay banyak dah siap.nanti i check my blogshop keh.heee sorry terdisplay dulu.btw mmg nice sgt3 sticker ni.my dad pun suka, boleh?kihkih

http://kbbshoppe.blogspot.com/2012/02/sticker-lysa-and-kikey.html

Hunny Kitty said...

good luck