October 25, 2011

Duit mas kawin, nak buat apa ye?

Assalamualaikum beautiful brides to be & readers! ;)
----------------------
Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya…..

Sabda Rasulullah SAWخير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس
Ertinya : Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya

ابركهن اقلهن مهرا
Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”
Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya : “Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah“. (Riwayat Abu Daud)
Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “. ( Riwayat Ahmad )

Kadar Mas Kawin mengikut negeri
click untuk tumbesaran yang sehat ;)
So, mengikut kadar yang ditetapkan kat tempat ai, which is Selangor=RM300. Mas kawin yang paling mahal dari negeri negeri yang lain. Tapi boleh tak kalau kita nak rendahkan harga mas kawin tu? Boleh tak boleh tak? Ai kesian dengan #futurehubby je sebab banyak jugak yang die kena bayar. Dengan duet hantaran lagi. Tapi takpe, mas kawin & wang hantaran adalah titik permulaan untuk sang lelaki mengenal erti tanggungjawab sebelum bergelar suami. Kan? 

So, dengan duet  mas kawin tu, kita nak buat apa ye? Nak simpan? Tapi sampai bila? Mestilah kena guna jugak. Orang tua tua cakap, jangan benarkan suami sentuh satu sen pon duet mas kawin kita, kenapa? Sebab itu adalah hak milik mutlak kita. Suami tak boleh sentuh, even satu sen pon. Kalau sentuh, buruk padahnye. Tapi itu orang tua tua yang cakap, belum terbukti lagi kesahihannya.Tapi lebih elok sediakan payung sebelum hujan, kan?

Selalunya, perempuan mesti akan beli emas macam rantai, loket or cincin dengan duet mas kawin yang dorang dapat. Tapi mak ai cakap, tak boleh. Sebab takut suatu hari nanti, bila takde duet ke ape, kita akan jual emas tu, and duet yang kita dapat dari jual emas tu kita akan bagi suami and anak kita makan. Bagi anak makan takpe, tapi kalau suami yang makan? Haa. Macam yang ai cakap kat atas, suami tak boleh sentuh satu sen pon duet mas kawin. Sebab tu mak ai cakap jangan beli emas dengan duet mas kawin tu. Guna untuk diri sendiri je. Macam shopping baju, jam ke, kasut ke. Yang penting tak melibatkan suami. My sista pon beli jam tangan guna duet mas kawin die tu.

Ai dah pikir dah nak beli apa duet mas kawin tu nanti. Wink ;) Of course lah nak shopping barang barang peribadi ai. Macam baju, seluar, kasut, etc. Rasenya tak perlu lah nak list kan kat sini. Yelah, sejak dah set nak kawen usia muda ni, ai terpakse pendamkan perasaan nak beli itu ini. Duet gaji ai, 3/4 daripadanya untuk simpanan kawen. Nampak barang yang berkenan di hati pon, just pejam mata je. Rase nak nangis pon ada. Tapi nak buat macam mana, kehidupan lepas kawin lagi penting kan? Tunggulah lepas kawin nanti, nak borong puas puas. Hihihi

Okaylah. Rase macam dah panjang sangat entry harini. Lagipon mesti ada yang tak baca habis. Kalau yang dah bace habis, tahniah diucapkan okay. Btw, esok cuti kan, sempena Deepavali yang bakal menjelma ni. So, nak wish Happy Deepavali untuk semua penganut Hindu. Hari khamis kita sambung lagi.

xoxo

3 comments:

cik eza said...

mine is RM101... hmmm nak beli ape yerr ngan duit tuh.. hihi

Honey Sakura @ eiMyLiciOus said...

KEDAH tak ditetapkan so terpulang pada pengantin...huhu biarlah yg berbaloi sbb mas kahwin nie kalo leh beli emas...he hee

anda d tag lysa!!!

http://www.cheritera3march.co.cc/2011/11/c3m-21-anda-kena-tag-dari-sayer-huhuhu.html

lysa said...

Cik Eza : Hahaha. pikir dari sekarang, biar nanti senang ;)

Eimy : hehehe. syok lah. Btw, tq tag. Nanti kite buat (kalau rajin)
heheheh ;p