December 12, 2011

Pegi Nilai 3 takde nilainya pon -,-

Assalamualaikum pretty brides to be!

Actually ini cerita dua minggu lepas. Tapi baru nak update harini. Macam biase, sebab mood malas datang dan pergi. Makanya harini dengan rajinnya ai update pasal trip ke Nilai 3 haritu. :)

Bercakap pasal Nilai 3, mesti ramai yang tawu ade ape kat sana kan. So takyah lah ai nak terangkan lebih lanjut pasal Nilai 3 ni. Dah banyak dengar orang cakap, dengar orang bercerita yang barang barang yang dijual kat Nilai tu murah murah cantik cantik. Sampai bunda pon terpedaya dengan omongan mereka tuh. Ai tak percaya sebab dah ramai kawan kawan ai yang dah ke Nilai tu. So dah tawulah rate harga kat sana and harga kat sini macam mana.

Kami pergi time cuti awal muharam haritu. Around 12pm sampai Nilai. Sebab pagi tu #futurehubby ade kerja sikit. Malam tuh gigih dok listkan barang apa yang nak beli kat sana. Niat utama nak cari langsir cantik dan murah. Berjam jugak lah dok jalan jalan kat kedai yang sama. Motif sebab nak bandingkan harga antara kedai kedai kat situ. At the same time pening nak pilih warna langsir. Sebab time tu belum dapat tema lagi. Kat situ jugak lah pilih tema, and kat situ jugak lah bingung nak pilih langsir yang cantik tapi nak yang murah. Hadoii. Pening pening. Kesian kat #fmil and #fsil jela yang ke hulu ke hilir ikut kami, mesti depa penat.

Kesimpulannya, Nilai 3 Mahal. Lagi mahal dari harga barang kat KL ni. Ai tak tawu barang ape yang murah kat sane tuhh. Siyesly MAHAL! Ade yang dua tiga kali ganda mahal dari harga kat KL nihh. Bagi ai lah kan, daripada beli kat Nilai tuh, baek korang pegi beli kat Semua House jek. Nak lagi murah, kat dalam Pasar Chow Kit tu ade kedai barang barang kawin, deal dengan depa lagi senang kot. Beli banyak dapat lagi murah.

Ni pendapat ai je. Kalu tak caya, u'ols boleh bandingkan harga sendiri. Mungkin bagi sesetengah orang, harga kat sana lagi murah. Tapi tidak bagi ai. Dah nama pon bride to be on budget. Haruslahh cari yang murah murah je. Hahaha.

Till then,
Take care & Stay pretty!

3 comments:

~ NANA ~ said...

i x brp suka pegi nilai coz jauh & ramai cakap mmg mahal kat sana...hehe

Honey Sakura @ eiMyLiciOus said...

betul3.....nilai 3 mahalll!!!!
barang2 kat atuz penang ni lagi murah...huhuhuhuhu

http://cheritera3march.blogspot.com

utusanpengantin.com said...

Wedding Card? Tq tag? Sticker?
Smua ada d utusanpengantin.com (^.^)Y