October 18, 2011

Melepas. Sigh T_T

Semalam ada sesi perjumpaan dengan Fendi Chalet Cinta. Office mereka di Danau Kota je. Setelah melihat sample album semua tu, kami suka dengan hasil kerja mereka. Tapi malangnya pakej yang ai nak tu hanya untuk 1 days event. Mati mati ai ingatkan untuk 2 days event. Sampai je kat kereta, terus #futurehubby cakap cancel. Sedih keciwa semua ada. Salah ai sebab tak check betul betul kat email tu. Depa cakap depa dah bagitawu kat email yang pakej ni untuk 1 day event je. Maybe ai terlupa, atau tak tengok kot. Takpela, anggap je takde rezeki nak berkerjasama dengan mereka.

After that, we decide nak lepak kat McD sebab ada Wifi. Nak usha balek photographer yang dah di short list kan. Berminat dengan sorang lagi photographer. Dia ni kawan kepada kawan ai. Kawan ai lah yang recommend kan die kat ai. Bila tengok pakej and album die, cun. Harga pon still tak lebih bajet. And today, ai nampak die online terus ai pm die tanya pakej semua tuh.

See? 3 & 4 mac 2012 die dah pon di booking 2 months before. Sekali lagi kecewa. Siyes takde mood nak buat apa apa sepanjang harini. Nak beli breakfast pon cancel di sebabkan hal ni. Call #futurehubby, ngadu kat die yang Si Afitz ni dah di book. Die okay je, tapi ai yang tak okay. Yelah, sebab ai betol betol dah excited nak book die untuk majlis ai nanti. Sekali lagi takde rezeki nak bekerjasama dengan die. Sanggup pujuk #futurehubby tukar tarikh sebab hire nak die jadi Official Photographer kami. Tapi tak dapat.

Mungkin ada hikmah kenapa mereka ni tak ditakdirkan untuk jadi OP kami.
Think positive.

2 comments:

FARAH YASMIN said...

sabar k..keep on surveying..byk lagi OP yg best2 kat luar sana =)

http://bride-note.blogspot.com/

lysa said...

Thanks Farah :)