January 27, 2012

Teaser Baju Nikah ♥

Hai hai. Sekali lagi lambat update. My mistake. ;(

Sekejap je dah hari jumaat kan. Minggu terakhir untuk bulan Januari. Hah? Minggu terakhir. Adoi, checklist baru dua yang di tanda. Yang lain? Sempat ke ni. Huhu. Start bulan Februari ni memang sangat sangat bizi dah. Dengan kontena nak datang lagi, buat kueh lagi. Moga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah.

Ok, kali ni nak tunjuk baju nikah yang dah siap and dah selamat di gantung dalam almari. Tinggal tunggu nak pakai je. Hehe.


Inilah hasilnya. Baju kurung moden je. Kain bawah tu tak dapat nak buat flowyflowy macam yang di idam idamkan dalam entry ini sebab tukang jahit tu cakap, 2meter tak cukup kalau nak buat macam tu. Huhu. Nak taknak, wat kain style biase je. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah ;( *tibatiba

Yang penting semuanya dah settle. Baju lelaki pon dah siap jugak. Cantik. Nampak sesuai sangat dengan #futurehubby. Sampin pon dah beli. Sekarang tinggal veil and tudung je. Tudung rasenya senang nak cari kot. Veil pulak tinggal nak jahit lace. Pastu serah semuanya kat As. Sebab dialah yang bertanggungjawab jahitkan manik kat veil tu. Hehe ;)

Pssst : Rasenya sape yang penah bace post ni dulu, tawula baju ni warna ape :PP

2 comments:

dhiera zainudin said...

chiffon beading ea? cantik!

SitiHalisa [Lysa] said...

Yupp! hehe. Thanks Dhiera :)